Wednesday, September 24, 2008

Blog yang kosong dan bosan...

Ah, kengkawan... tak da apa sangat nak update sebenarnya. Tak happening sangat kat sini. Kerja tak banyak, main tak banyak, tidur tak banyak, duit tak banyak.... tapi lemak banyak. Lemak saja yang bertambah. Makan banyak la, makan yang bukan-bukan. Yang tidak sihat. Kinder bueno banyak. Bueno means "good", so I makan Bueno banyak. Sangat banyak.

Saya mau makan mamak, sini tak da. Paling-paling pun bekal sejuk Cina dari Tesco, tidak sedap pun. Sebab kerja tak banyak, duit tak banyak, tengok tv banyak lah. Tengok apa tau? *Geleng kepala* tengok program masak-masak kat sini. Belajar masak. Seronok juga. Tapi rasa betul-betul macam suri rumah. Ada cuba masak sikit, tengok kat tv macam nampak bes! Tapi yang saya masak...bila tengok tak sedap, bila makan boleh tahan je la. Masak kat sini banyak guna alkohol, dan susu atau krim. Tulah sebabnya lemak saya jadi banyak.

Cuaca sudah jadi sejuk. Kawan serumah saya sudah mula pasang api kat dalam rumah. Saya macam jakun lah. Tak pernah nampak api dalam rumah. Tapi shiok juga. Tapi memang betul-betul macam jakun sampai lompat kegembiraan apabila nampak api dan bara. Kan dari Malaysia... mana ada api dalam rumah. Saya belum ada pakaian tebal. So malam-malam sejuk je lah. Mau beli pakaian, tak tahulah bila.

Apa lagi yang baru? Ah...rumah ini sudah bertambah satu orang lagi penumpang. Isteri salah seorang kawan serumah saya baru sampai hari Isnin. Dari Cape Town, Arika Selatan Umur sama dengan saya. Jumpa dia tak banyak sangat lah. Tapi rasa dia okeh kut. Ada sikit sikit macam saya, konklusi dari perbualan semasa makan malam hari dia sampai. Adalah jamuan makan-makan sikit, tapi "VIP" sendiri yang masak. Saya makan je. Dia mau masak, okeh lah, saya makan. Oh, bes juga makanan dia. Banyak seafood dalam nasi dia. Dia macam saya, tak pandai sains, tak pandai matematik, percaya pada Tuhan. Suami dia pula terbalik, hanya percaya sains, dan langsung tidak percaya Tuhan. Tulah topik perbualan hari itu.

Kanak-kanak kat tempat kerja sudah mula sekolah, saya kena ambil yang paling kecil dan hantu itu dari sekolah setiap hari. Jumpa emak-emak kanak-kanak lain. Aiseh, memang rasa macam suri rumah lah masa tu setiap hari. Emak-emak lain berbual pasal anak-anak mereka. Saya cuba bawa buku baca semasa menunggu, tak mau berbual dengan sesiapa pun. Tapi mereka rasa pelik la, kenapa saya macam Cina, tapi ambil budak Afrika? Aih....

Kan tak da apa nak update.. tu je la... hari-hari sama saja... rindu kat kawan-kawan semua kat KJ...


5 Comments:

Blogger sin said...

dei tambi! :D
aku suka belog kau yang berbahasa malaysia ni! rindu berbahasa eh?

mana kosong dan bosan! manyak menarik marr. hehe.. aku suka diskripsi ko pada budak Afrika yang 'paling kecil dan hantu' itu hahahahahha.. "gulung atas lantai dan ketawa kuat kuat" :D

kite semua rindu kat u jugak tau! *ciumm* :D

2:52 AM  
Blogger Unknown said...

Aiks...Sin ni bercumbu-cumbuan pulak...heh..
I tau ngapa Si Jas ni guna BM, krana crita pasal kawan serumahnya, bukan?? heh...
Walaubagaimanapun (ahem ahem)..hidup mana tiap tiap hari menarik. Tinggal kat negara asing dah kiralah menarik, kan?
Memang cemburu tengok Si Jas ni...
Dan anda ni, sememangnya AUNTY lar, tidak dapat dinafikan lagi...heh...
So, keep it up ;)
Take care gurl...XXOO

3:32 AM  
Anonymous Anonymous said...

Wahahahahahahahahah....

korang punya bahasa memang bagus sekali! mengkagumkan!!

aku ni sudah semakin merosot. cakap bahasa melayu pun sudah buruk. dipengaruhi pesakit-pesakit cina melayu india saya tu lah. aiseh...

ingat dulu kertas BM sungguh pandai. dapat A1 lagi! sekarang pasti Fail. Aiks!! Those were the times...

4:56 AM  
Blogger sin said...

wakakakakka.. bes kan berbahasa macam ni?? hahahah aku tak dapat henti ketawa yo! :D
kalo lain kali mau cakap buruk tentang kawan serumah, bolehlah bertata dalam bahasa malaysia! :D tapi kalo mereka guna 'google translate' den habis lar.. hahaha

aunty adeline: ape cumbu cumbuan? u jeles ke? nah.. cumbu kasi u jugak la! hahahah

9:27 AM  
Blogger Unknown said...

sorite auntie tan, boleh simpankan tuk si suami anda tu...heh...

Mereka tak se-kepo gitu kot? Tambahan pulak, jika kite guna bahasa pasar, lagi sukar tuk mrk 'investigate'...kan?? heh...

10:27 AM  

Post a Comment

<< Home